Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di Malaysia (“PDPA”), mengawal pemprosesan Data Peribadi (seperti yang dijelaskan di bawah) dalam transaksi komersial. Notis Privasi ini dikeluarkan oleh Divertainment Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia (Nombor Syarikat: 1187058-X) yang beroperasi di The Lakeview Club, Lot 3606, Jalan SS12/1, SS12, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“Divertainment”, “kami” atau “pihak kami”). Dalam Notis Privasi ini, “pemprosesan” membawa maksud yang sama seperti yang tercatat di PDPA.
Notis Privasi ini terpakai kepada mana-mana pihak yang mengunjungi, mengguna dan mengakses laman web kami di https://www.divekl.com/ (“Laman Web“), dan mendaftar akaun baru dengan kami, termasuklah semua pengguna semasa dan prospek kami, kanak-kanak, ibu bapa, penjaga atau penjaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi kanak-kanak (secara kolektif dirujuk sebagai “Pengguna”, atau “anda”). Sekiranya anda berumur di bawah lapan belas tahun, sila jangan mengemukakan sebarang Data Peribadi anda tanpa persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima amalan, keperluan dan/atau polisi-polisi yang terkandung dalam Notis Privasi ini, dan anda dengan ini mengizinkan kami untuk mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM NOTIS PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MENGAKSES LAMAN WEB KAMI.
Notis Privasi ini menerangkan cara dan terma kami dalam mengumpul dan mengendalikan Data Peribadi anda, jenis maklumat yang dikumpulkan, pendedahan kami kepada pihak ketiga (jika ada) dan pihak yang boleh anda hubungi untuk mengakses maklumat anda.
Kami berhak untuk mengubahsuai, meminda atau mengemaskinikan Notis Privasi ini pada bila-bila masa dengan memaparkan suatu notis mengenai pengubahsuaian, pindaan atau kemas kini di Laman Web kami atau melalui mana-mana cara lain yang kami anggap sesuai. Dengan meneruskan kunjungan atau akses anda ke Laman Web kami, atau dengan penglibatan anda yang berterusan dengan kami berikutan pengubahsuaian, pindaan atau kemas kini, tindakan tersebut menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pindaan atau kemas kini tersebut.
DENGAN MENKLIKKAN ATAU MENGETIKKAN “SIGN UP” ATAU KENYATAAN-KENYATAAN YANG SERUPA DI LAMAN WEB PENDAFTARAN KAMI, ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH DIBERITAHUI DAN MEMAHAMI TERMA DALAM NOTIS PRIVASI INI DAN ANDA TELAH BERSETUJU DENGAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM TERMA DI BAWAH.
Data Peribadi
Jenis Data Peribadi
Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang telah dikumpulkan atau diberikan kepada kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di bawah.
Bagi memenuhi mana-mana obligasi kami yang disenaraikan dalam Seksyen 2 di bawah, kami perlu mengumpul Data Peribadi yang relevan daripada anda, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut: –
- nama, umur, jantina, status perkahwinan, bangsa, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, foto;
- butir-butir perhubungan seperti nombor rumah, nombor telefon bimbit, e-mel, alamat rumah, alamat surat-menyurat, alamat penghantaran, wilayah atau negeri kediaman;
- data transaksi seperti butiran mengenai bayaran yang dibayar oleh dan daripada anda, dan butir-butir lain mengenai produk dan perkhidmatan yang telah anda beli daripada kami;
- data teknikal, seperti alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar web, tetapan zon waktu dan lokasi, jenis dan versi pemalam pelayar web, sistem operasi dan platform, dan teknologi lain yang sedia ada dalam peranti yang digunakan oleh anda untuk mengakses Laman Web ini;
- data profil seperti nama pengguna dan kata laluan anda, minat, pilihan, maklum balas dan jawapan tinjauan anda;
- data penggunaan seperti maklumat mengenai cara anda menggunakan Laman Web, produk dan perkhidmatan kami;
- penyata bank, maklumat kad kredit dan butiran dan maklumat kewangan lain; dan
- teks, grafik, imej, audio dan klip video.
Sumber Data Peribadi
Data Peribadi anda akan diperolehi daripada sumber berikut, sebagaimana yang berkenaan, atau sumber lain yang kami anggap sesuai dari masa ke semasa dan/atau kami akan mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda apabila anda: –
- berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan);
- maklumat yang diberikan atau dikemukakan oleh anda melalui, antara lain, pelbagai jenis borang pendaftaran yang diperlukan untuk berurusan dengan kami, memulakan hubungan perniagaan dengan kami atau rakan niaga kami (di mana berkenaan), mendaftar minat anda atau melanggan maklumat mengenai penerbitan kami (contohnya naskhah berita), mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik, pertandingan, peraduan, atau seminar, membalas kepada mana-mana bahan yang kami hantar, (yang diterima melalui e-mel, faksimili, penghantaran tangan, dalam talian), halaman web;
- di mana berkenaan, maklumat yang boleh didapati secara umum atau terbuka kepada orang awam; dan
- perhubungan lain secara bertulis atau lisan atau dokumen yang dihantar kepada kami sebelum dan semasa berurusan kontrak atau pra-kontrak kami dengan anda.
Kami juga boleh mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau sesiapa yang mempunyai hubungan dengan anda dan dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran bagi pendedahan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau di mana sah di sisi undang-undang. Oleh kerana ketepatan Data Peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesilapan dalam Data Peribadi anda atau jika terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat anda.
Data Peribadi wajib dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut
Semua maklumat dan Data Peribadi yang diminta dalam borang yang berkenaan adalah wajib diberikan oleh anda kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
Kegagalan dalam memberi maklumat sebagaimana yang diperlukan boleh: –
- menyebabkan kami tidak dapat menyediakan kepada anda notis dan/atau perkhidmatan dan/atau aktiviti yang dikehendaki;
- menjejaskan keupayaan kami untuk melaksanakan proses yang berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan kami;
- menyebabkan kami tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang inisiatif terkini, perkhidmatan, promosi, peristiwa dan/atau pelancaran kami;
- menyebabkan kami menolak dan/atau tidak dapat memproses permohonan anda sebagai Pengguna kami; dan/atau
- menyebabkan kami membatalkan kelulusan berkenaan dengan permohonan anda untuk menjadi Pengguna kami.
Tujuan pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi
- Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan diproses bagi, antara lain, tujuan-tujuan berikut yang mana berkenaan: –
- untuk memproses permohonan dan pendaftaran anda sebagai Pengguna kami termasuk menilai kesesuaian anda dalam penglibatan/penyertaan dan untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh anda;
- untuk memproses langganan anda dan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada anda;
- untuk penyampaian, pengemaskinian dan penyertaan anda dalam pelbagai acara, kempen, notis, dan sebarang aktiviti di Laman Web kami, yang kami anggap mungkin menarik minat anda dari masa ke semasa;
- untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam dan/atau membuat perjanjian dan/atau kontrak yang perlu berkaitan dengan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web kami;
- untuk mengurus perhubungan Pengguna-pengguna;
- untuk pemeriksaan latar belakang Pengguna yang kami anggap perlu atau sesuai;
- untuk pengurusan rekod dalaman kami dalam urusan perniagaan biasa;
- untuk tujuan khusus dalam mana-mana perkhidmatan tertentu yang ditawarkan oleh kami atau mentadbir penyertaan anda dalam Laman Web kami;
- untuk tujuan analisis berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Web kami;
- untuk membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, perhubungan (panggilan telefon atau mesej teks) atau media sosial mengenai produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh kami, syarikat berkaitan kami dan rakan kongsi perniagaan kami, pihak ketiga yang diberi kuasa termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan yang disebut di atas yang kami anggap mungkin menarik minat anda;
- untuk menubuh dan mengurus sebarang urusan dan hubungan antara kita dengan lebih baik;
- untuk memproses sebarang komunikasi yang anda hantar (contohnya, dengan menjawab sebarang pertanyaan dan menguruskan sebarang aduan perkhidmatan pelanggan dan maklumbalas);
- untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan;
- untuk memberitahu anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri perkhidmatan dan/atau Laman Web kami;
- untuk kutipan bayaran daripada anda;
- untuk pencegahan jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah dan mana-mana jenis jenayah;
- untuk memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan inisiatif, program, dan aktiviti dan untuk keperluan pendedahan di bawah undang-undang berkaitan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, by-law, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai ke atas kami atau mana-mana Ahli Syarikat (seperti yang dijelaskan di bawah);
- untuk penyelidikan, penanda aras, dan tujuan analisis statistik;
- untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko; dan
- kerja pelaksanaan projek perkhidmatan lain-lain seperti pengurusan keselamatan, pemerolehan projek insurans dan pengurusan akses Laman Web.
- Kami akan memberi dan membenarkan perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak ketiga dan Ahli Syarikat kami bagi tujuan yang dinyatakan di sini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, memudahkan anda dalam penggunaan perkhidmatan , menyempurnakan transaksi anda, menguruskan akaun anda dan hubungan kami dengan anda, bagi tujuan pemasaran dan memenuhi keperluan dan permintaan undang-undang atau peraturan yang kami anggap memerlukan. Dalam proses perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak tersebut, kami akan berusaha untuk memastikan bahawa pihak ketiga dan Ahli Syarikat kami akan melindungi Data Peribadi anda daripada pengaksesan, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, atau risiko dan hanya menyimpan Data Peribadi anda selama tempoh yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang disebutkan di sini.
Simpanan dan pengekalan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas dan selepas itu kami akan berhenti mengekalkan atau menghapuskan mana-mana Data Peribadi yang berkaitan dengan anda sebaik sahaja ia dianggap bahawa pengekalan itu tidak lagi berfungsi selaras dengan tujuan di mana Data Peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan.
Pendedahan Data Peribadi
Ahli Syarikat
- Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami boleh diproses oleh Ahli Syarikat kami (di dalam atau di luar Malaysia).
- Dalam Notis Privasi ini, “Ahli Syarikat” bermaksud, mana-mana entitiatau entiti lain yang mengawal, dikawal oleh atau di bawah kawalan bersama kami. Bagi tujuan definisi ini, “kawalan” (termasuk istilah “mengawal”, “dikawal oleh” dan “di bawah kawalan bersama”) bermaksud pemilikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kuasa mengarahkan atau menyebabkan arahan pengurusan dan dasar entiti yang berkenaan, sama ada melalui pemilikan sekuriti undi, melalui kontrak atau sebaliknya dan “Ahli-ahli Syarikat” adalah dengan ini ditafsirkan dengan sewajarnya.
Kelas-kelas pihak ketiga
- Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkenaan (contohnya, di mana kami melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau yang berkaitan dengan tujuan tersebut secara langsung).
- Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut: –
- pihak ketiga yang kami lantik untuk menyediakan perkhidmatan bagi kami atau pihak kami (seperti bank atau institusi kewangan, vendor perisian, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat profesional, pembekal perkhidmatan, syarikat percetakan, persidangan / latihan / penganjur acara, penasihat lain, syarikat insurans, penyiasat dan sebagainya);
- rakan kongsi perniagaan atau Ahli Syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan yang diminta oleh anda;
- syarikat-syarikat utiliti;
- agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk polis tempatan; dan
- pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan, pihak berkuasa cukai, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri.
Laman web
Pautan ke laman web lain
- Pautan ke laman web lain adalah disediakan untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman Web ini mungkin mempunyai pernyataan privasi mereka sendiri dan kami cadangkan anda menyemak dahulu jika anda melawat mana-mana pautan laman web. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan di dalam laman web yang dipautkan atau penggunaan laman web tersebut.
Produk atau aplikasi yang membolehkan pengesanan lokasi
- Produk atau aplikasi bagi pengesanan lokasi akan menghantar maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak akan menggunakan maklumat yang dihantar melainkan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Ciri-ciri bagi pengesanan lokasi adalah di bawah kawalan dan pilihan anda samada untuk menggunakannya atau tidak.
- Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan “Google Analytics” (atau kaedah yang serupa dengannya) untuk membantu kami menyediakan kepada anda perkhidmatan ke atas penambahbaikan produk, dan semakan kepada aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul tidak akan mengenalpasti identiti anda. Namun, ia boleh maklumkan kepada kami, perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi itu, dan juga jenis peranti dan ciri-ciri perkakasan, negara dan bahasa yang dimuat turun.
Cookies
- Cookies mungkin digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Cookies adalah sejenis fail teks yang terletak di dalam ingatan komputer dan/atau peranti di dalam komputer kita. Salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti apabila ia berkomunikasi dengan “server” kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenalpasti identiti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat Laman Web kami dan/atau nama domain dari mana anda mengakses Laman Web kami, atau sebagai alternatif, alamat IP anda: –
- tarikh dan masa anda mengakses setiap halaman di Laman Web kami;
- URL bagi sebarang halaman dari mana anda mengakses Laman Web kami (perujuk);
- pelayar web (web browser) yang anda gunakan dan halaman yang anda akses;
- jenis pelayar web (browser type);
- halaman web yang anda kunjungi sebelum anda mengunjungi Laman Web kami;
- halaman web dalam Laman Web yang anda layari; dan
- tempoh masa, masa, tarikh akses dan statistic lain-lain mengenai kunjungan anda di halaman web tersebut, butiran dan data yang anda cari dalam Laman Web kami.
- Data ini adalah dikumpul untuk analisis dan penilaian untuk membantu kami memperbaiki Laman Web kami dan perkhidmatan yang kami sediakan.
- Sesetengah halaman web mungkin memerlukan anda menyediakan Data Peribadi yang terhad untuk menikmati perkhidmatan tertentu di Laman Web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan nombbor telefon, dan lain-lain). Data Peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau menyampaikan perkhidmatan yang diminta.
Hak untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi
- Anda mempunyai hak dan akan diberi akses kepada Data Peribadi anda bagi Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda boleh membetulkan Data Peribadi anda jika sebarang Data Peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini. Dalam hal ini, anda boleh secara bertulis: –
- semak sama ada kami menyimpan dan memproses Data Peribadi anda;
- mohon akses ke Data Peribadi anda;
- mohon untuk membetulkan Data Peribadi anda yang salah;
- meminta penjelasan mengenai dasar dan prosedur berhubung dengan Data Peribadi anda yang dikendalikan oleh kami;
- memaklum kepada kami tentang bantahan anda supaya kami tidak menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran; dan
- tertakluk kepada keperluan/sekatan undang-undang, tanggungjawab kontrak dan tempoh masa yang munasabah, menarik balik sebahagian atau sepenuhnya kebenaran yang telah anda berikan sebelum ini.
Kami berhak untuk mengenakan bayaran pentadbiran yang munasabah untuk menyediakan rekod Data Peribadi anda. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya bayaran tersebut diperlukan sebelum kami memproses permintaan anda.
- Harap maklum bahawa sekiranya anda menyampaikan keinginan anda untuk menaribalik kebenaran anda terhadap penggunaan atau pendedahan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di atas, atau memohon bagi penghapusan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat untuk meneruskan Perkhidmatan kami kepada anda atau melaksanakan sebarang kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat meneruskanperkhidmatan kami atau melaksanakan kontrak kami dengan anda. Hak-hak dan remedi kami di sisi undang-undang adalah dinyatakan dengan jelas dalam peristiwa sedemikian.
Ketepatan Data Peribadi
- Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan terhadap Data Peribadi anda untuk membolehkan kami menyimpan data anda yang tepat dan terkini.
Had dalam pemprosesan Data Peribadi, pertanyaan dan titik hubungan
- Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh hubungi: –
Nama | : | KJ Seow |
Tel | : | 017-3453483 |
Alamat E-mel | : | kj@divekl.com |
Alamat Surat-Menyurat | : | The Lakeview Club, Jalan SS12/1, Subang Jaya, 47500 Selangor |
- Sila sertakan butiran berikut dalam mana-mana permintaan bertulis anda yang boleh digunakan untuk mengenalpasti identiti anda:-
- nama;
- nombor pengenalan (nombor Passport/NRIC atau ID Divertainment); dan
- nombor telefon.
Konflik
- Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Notis Privasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, terma dalam Notis Privasi Bahasa Inggeris akan digunapakai.